Resepi Roti Coklat – Chocolate Loaf Homemade

Cara Buat Roti Coklat Ala Delicia Chocolate Raisin Gardenia.

Hanya menggunakan breadmaker sahaja.

Resepinya mudah sahaja. Untuk standard 500 gram roti, saya gunakan resepi ini.

20767823_10154982419853261_8913991903063671280_n

20799121_10154982414198261_4830816972950908447_n

20799261_10154982419948261_8836737859501148789_n

Bahan-bahan:

  • 350 gram tepung roti
  • 80 ml susu segar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil cocoa powder
  • 25 gram gula kastor
  • 1 sudu kecil instant yis
  • 15 gram butter
  • air (1 biji telur + air = 185ml) mililiter tau, bukan berat gram. Sebab ada campuran telur ni.
  • 50 gram coklat chip atau chocolate bar dipotong
  • kismis sesuka hati.

Cara buat roti menggunakan bread maker

  1. Onkan pada function loaf, setkan pada 1.5 lb setting dan pilih crust light.
  2. Masukkan semua bahan kecuali 50 gram coklat bar @ coklat chip tadi.
  3. Tekan on dan biarkan je mesin menguli.
  4. Nanti akan ada masa untuk mesin berbunyi menandakan kena masukkan coklat chip, atau bijirin atau coklat bar, atau kismis.
  5. Siap!
  6. Panas-panas tu keluarkan dan sapu butter seluruh roti untuk jadikan crust die lembut sikit.

 

Resep asal ada di sini >> Chocolate Loaf (Breadmaker)

Video hasil roti homemade coklat kawan saya Kak Laila Ismail.

Video hasil roti homemade coklat saya.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *