Resepi Roti Wholemeal Gebu Gebas Dan Mudah Guna Breadmaker

Link Resepi sebenarnya olahan Mimi >> Klik sini  Tapi itu pun beliau tak gunakan semua tepung wholemeal. Dan beliau sebenarnya olah resepi tu dari roti putih yang guna teknik Tang Zhong ni >> Roti Putih Gebu Dengan Teknik Tang Zhong.  Instead of guna 2 + 1/2 cawan tepung high protein, 1 cawan tu dia gantikan dengan tepung wholemeal.

Dan, beliau sebenarnya guna resepi dari Kirbie >> Soft And Fluffy Milk Toast Using Secret Ingredient (Tang Zhong la tu).

Punyalah berselirat asal usul resepi ni, kena lah bagi kredit pada kesemuanya. Hahahah. Disebabkan tepung roti habis, saya lagi lah derhaka. 2 + 1/2 cawan tepung tu, saya tibai semua wholemeal flour. Lagi teruk. Hahahahah! Mujur jadi! Sebab tu lah terpaksa cerita kronologi nya di sini, supaya kekal ingat sampai bila-bila. Hehehe.

Resepi Roti Wholemeal Susu Yang Gebu dan Lembut

Bahan-bahan Tang Zhong

1/3 cawan metrik tepung roti (putih)
1 cawan metrik air

Cara buat Tang Zhong

  1. Campurkan tepung dengan air dan kacau sampai rata, jangan ada lumpy-lumpy ok.
  2. Kemudian masukkan dalam periuk kecil atas api kecil.
  3. Kacau perlahan sampai likat san nampak garis-garis macam dalam gambar bawah ni.
  4. Letak dalam bekas masa panas-panas tu, dan pakai plastik cling wrap tekan sampai kena pada Tang Zhong. Penting sebab permukaan Tang Zhong akan mula mengeras cepat. Kita tak nak dia mengeras ya.
  5. Sejukkan dan masukkan dalam peti ais dalam 12 jam. Wajib ikut step ni ok.
  6. Boleh simpan seeloknya seminggu maksimum.


Sumber gambar dari blog Kirbie tadi.

Bahan-bahan roti wholemeal

  • 2½ tepung roti (Saya guna semua wholemeal flour – so boleh la main-main ratio tepung ikut suka hati)
  • 3 sudu besar + 2 sudu kecil gula kastor (Pakai la sudu sukatan ok, bukan sudu buat makan tu)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 telur saiz A
  • ½ cawan susu segar (125ml)
  • 120g Tang Zhong (separuh dari Tang Zhong yang dibuat tadi)
  • 2 sudu teh instant yis
  • 3 sudu besar butter (42 gram)

Cara buat: 

  1. Settingkan set "Wholemeal Bread" dan tekan button "Loaf"
  2. Setkkan Colour kepada "Medium"
  3. Dan setkan saiz loaf 2lb (sebab nak bagi kembang lama). Kalau 1.5lb, total masa cume 3 jam. Kalau 2lb, total masa breadmaker siapkan kesemuanya adalah 3 jam 30 minit.
  4. So tunggu je lah sampai siap.
  5. Tidur

Hahahhaaha. Saya guna breadmaker murah jenama Tesco mari, dan Lazada yang hantarkan. Ahaks.

IMG_6417
Kembang molek tinggi sampai ke bumbung breadmaker tu.
IMG_6418

Tu jadi kesan tak cantik atas dia, sebab melekat kat bumbung breadmaker.

IMG_6419
Potongan pertama.
IMG_6420

Marilah saya tayang video kegebuan roti wholemeal ini.

https://vimeo.com/229239060

 

IMG_6430
Makan jadikan sandwich. Lembut bak hang!!!! Seriously gebu.

10 comments

    1. 1) sama. Kalau sukat cecair. Tapi 250 gram minyak tak sama dengan 250 minyak ok.

      2) boleh laaa. Dimaafkan kalau takat sudu kecik tu. Heheheh

      1. Oo.. saya co fius sebab kt atas cimgu tuliw 1/2 cwn susu segar (250ml) ???
        Saya tgk kt sukatan cwn saya tulis 1cwn 250ml

Leave a Reply to AINUL Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *