Roti Bun Sosej Yang Gebu Montel

2016-12-13 18.56.46Haaa, montok tak?. Senang jek sebenarnya resepi roti bun sosej ni. Basically semuanya menggunakan resepi bun basic jek. Mana-mana resepi pon boleh guna. Nak pakai resepi yang ade softener ke, tak nak pakai pon boleh jek. Sebab yang menjadikan roti gebu dan lembut sebenarnya adalah teknik dia.

Asalkan dapat uli dengan sungguh elastik, insyaAllah roti akan gebu gebas??

Saya pernah buat roti bun gunakan resepi yang ada softener (pelembut roti), roti memang naik cantik. Saya juga pernah buat menggunakan resepi yang langsung tak ada softener, pon naik cantik jugak. Sedap pon sama sedap. Ada roti yang pakai susu, ada yang pakai whipping cream, ada yang pakai air masak taruk ais ja. Semua pon jadi ja. Hehehehehehe??

So kesimpulannya, memang adalah teknik, dan juga praktis. Bukan apa, kena jugak praktis menggentel dan menggulung sosej tu. Yang tu memang tak delah sekali try terus jadi cantik bebenor (melainkan memang tangan seni la ya). Belajar dan terus belajar dengan praktikal (buat sendiri), barulah menjadi.

Ala sekarang ni pon dah banyak kelas memasak PJJ, dan ada banyak sangat video kelas PJJ masakan. Memang berbaloi-baloi. Tapi takpe, saya ulang balik resepi yang saya guna untuk buat roti sosej bun ni.

2016-12-13 18.04-horz

 

Kiri – sebelum dibakar, Kanan – Selepas dibakar

2016-12-13 18.03-horz

Kiri – sebelum dibakar, Kanan – Selepas dibakar

 

Bahan doh asas bun:

  • 500 gram tepung roti / high protein flour
  • 80 gram gula kastor (saya letak 120 gram jika nak terus manis, tanpa perlu Butterscotch Sauce)
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu teh bread softener
  • satu biji telur
  • 60 gram butter
  • 100 gram ais
  • 150 gram air biasa
  • 11 gram yeast kering
  • secubit garam

Ok dalam resepi ni ada improver dan softener. So kalau pakai krim macam K-Fine atau GR superbake ke, boleh lah gantikan setiap untuk 500gram tepung tu, 5 gram krim tu. Dah tak yah masukkan softener lain dan improver lain dah.

Kalau pakai breadmaker, masukkan bahan cair dulu, baru masukkan bahan kering ke dalam breadmaker. Pastu pilih setting doh. Saya punya breadmaker jenama Tesco ja. Beli kat Lazada ja RM199. Hahaha??. Biasanya setting doh ni tulis 1:30 iaitu 30 minit menguli, dan 1 jam lagi proofing. So kita tekan jek setting doh tu. Lepas 30 minit, kita bawak keluar dan bentuk-bentukkan atas loyang. Boleh ler matikan breadmaker tu dah sebab nak guna fungsi menguli tu je sebenarnya. Mak tak larat nak guna tangan noks??.

Untuk resepi tanpa softener pulak, saya suka gunakan resepi yang ada dalam blog Azlita Masam Manis, iaitu roti sarang lebah. Resepinya seperti di bawah ni.

  • 300 gram tepung roti @ tepung high protein
  • 200 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung susu (saya suka guna susu Fernleaf)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji telur
  • 250ml susu segar
  • 6 gram yis (saya tibai 11 gram sebab senang sebungkus kecik tu??)
  • 40 gram gula
  • 40 gram butter
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar plain yogurt

Caranya mudah jek kalau guna breadmaker. Masukkan bahan cair, pastu masukkan bahan kering. Dan sama jugak guna setting doh.

Untuk sosej, pastikan dah defrost dulu sosej dan bakar suhu rendah dalam 10 minit. Jangan lama sangat, kang kembang koyak pulak sosej tu dan lepas sejuk ia kecut pulak sosej, dah tak cantik dah.

Lain kali saya cuba share video cara nak pintal sosej tu ya??

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *