Semperit Susu Gebu, Enak, Rangup

Saya jarang sekali buat kuih raya. Sebabnya buat kuih ni memang leceh. Kene layan sebiji-sebiji kuih tu macam tuan puteri, kene hadap sebiji demi sebiji untuk kuih tu tampak cantik menarik. Mak aih, ibucergas memang jadi tak cergas dibuatnya. Buat kek jauh lebih senang sebab sekali buat semua siap.

Tapi tibe2 terlintas gambar ni kat FB.

semperit susu

Sumber dari FB Kak Tahrunnisah

Gambar ni terlalu seksi. Terlalu menggoda. Apasal cantik sangat. Kelopak die cantik betul. Tu yang jadikan saya saja gatai tangan nak cuba. Tapi kelopak saya jadi tak berapa cantik. Wakakakaakk. Maklumlah bidan terjun sungguh buat bebiskut ni. Sekadar nak makan sendiri2, rupa parastu diabaikan jek la ya.

Ok jom tengok bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  1. 250gm butter
  2. 1/2 tin susu pekat (250gram)
  3. 100gm tepung ubi*
  4. 450 gm tepung jagung* * campur kedua2 tepung dan diayak terlebih dahulu
  5. 1 sudu teh esen vanila
  6. hiasan ceri yang dipotong kecil

Cara-caranya

  1. Butter dan susu pekat di pukul guna mixer @ hand whisk pun boleh..jgn pukul terlalu lama…agak2 butter dan susu pekat sebati je..kalau pukul kembang nanti hasilnya biskut jadi kembang
  2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung tadi..uli biar sebati
  3. Guna acuan semperit masukkan sedikit dlm acuan ..resepi ni mmg senang sangat nak keluar..press kannya atas dulang pembakar..
  4. Panaskan terlebih dahulu oven anda (suhu 160c selama 10 minit)
  5. Kemudian bakar la biskut ni dlm 15-18 minit saya guna api atas bawah.
  6. Keluarkan tunggu ia sejuk sedikit baru alihkan ..sbb time panas angkat nanti ia mudah pecah..tunggu sejuk baru masuk dlm balang


Tips :

1. Masa kacau butter ngan susu tu jgn pukul lama dan kembang/gebu..just sebati je adunan tu

Nota : Sumber Gambar & Resepi 100% dari FB Puan Tahrunnisah (dengan izin beliau untuk rujukan ibucergas yang suka belajar memasak ^__^ )

 

 

Masa nak memicit tu, saya tak ade lah pulak semperit punya mould. So saya pakai nozzle utk decorate cakes tu jek. Rupenye memang ada orang pakai itu jek. Tapi seriously sakit jari pakai itu. Nak tak nak belilah jugak semperit mould, barulah tak sakit

semperit susu sedap gebu cair di mulut

Yang ni letak pearl. Bende dah ade, gune jekla apa yang ada.

semperit susu sedap gebu cair di mulut

 

Yang ni saja letak chocolate chip.

 

 

semperit susu sedap gebu cair di mulut

 

Semperit susu siap dibakar. Saya pelik sebab warnanya memang tak bertukar walaupon saya cuba masak dengan lama. Hahaha. Biskut ni memang kene handle lemat lembut. Kang nanti jadi hancur. Tapi memang jadi kudapan saya malam2 masa moreh. Sambil tengok tv. Muahahahha. Sedap!!!

 

 

 

9 comments

  1. Oh rupa2nya farha pun cuba ya resepi semperit dengan susu pekat tu.. huhu. Aritu ada juga jumpa dlm fb tp x teragak2 nk cuba sbb dia letak susu pekat..
    Anyway nampak sodap jek.. eheheh

  2. jika kita tukar dari tepung ubi kepada tepung kastad ok tak … sbb saya kurang gemar ngan tepung ubi … terimakasih

  3. saya dah cuba resepi yg guna tepung jagung je tp kenape yg kt tgh x masak yg bahagian bawah da perang. mohon pencerahan

    1. terlalu subjektif soalan tu. sbnrnyer kite la yang kene paling paham oven sendiri. heehehhe. kene rajin try error baru la menjadi 🙂 oven setiap org memang tak sama. apa kata lebihkan masa membakar atau tingkat kan sikit suhu oven. selamat mencuba 🙂

Leave a Reply to ila mustapha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *