Victoria Sandwich Cake With Swiss Meringue Buttercream

2014-10-07 22.27.05

Yuuhuu.. kek yang tengah pemes sekarang ni. Sebelum saya terlupa resepi ni, baik saya post entry ni sebagai simpanan saya. Sebab saya suke resepi ni buat masa ni. Tak manis sangat dan tekstur pon ok bagi saya.  Dah lama da teringin nak buat, tapi dek kekangan masa (eceh macam ko sorang busy amat) :mrgreen:. Kebetulan kakak ada order untuk birthday ibu mertua beliau. So apa lagi, godak la terus 2 adunan (berani-berani jek 1st timer terus sampai 2 adunan). Hahah. Alhamdulillah hasilnya agak memuaskan untuk 1st timer ni. Suka sebab ia simple jek. Tak perlu fancy-fancy sangat deco. Main tepek jek butter cream ni.

>

Kalau ikut resepi asal, biasanya orang pakai fresh cream jek. Tapi saya tak gemar sangat fresh cream. Saya lebih sukakan Swiss Meringue Buttercream. Lagipon bahan utama Swiss Meringue Buttercream ni memang pure butter, gula dan putih telur. Takda la shortening dan lemak sangat. So rasa macam kurang sikit rasa bersalah pada badan (well gula tu memang tak boleh lari sangat la, hahaha) :twisted: Cuba tengok gambar buttercream tu, ya Allah, memang yummy sangat! Tak sama tau buttercream guna shortening dan krimwell (sgt muak).

>

Swiss Meringue Buttercream tu saya ajar lain kali la ya. Hoho.

2014-10-07 01.51-horz

Kejadian sebelum dan selepas bakar. Alhamdulillah naik elok jek kek ni. Abaikan overcook tu ya. Maklumlah, oven kecik. Kih kihkih :mrgreen:

2014-10-07 22.26.21

Satu untuk saya, satu untuk order. Hihiihihi. Seperti biasa, menderhaka juga. Orang letal bleuberry, saya dok bantai letak anggur hitam. Erk.. tentulah harganya pon jauh lebih murah. Hahahaha. 8-)

THE CLASSIC VICTORIA SANDWICH CAKE
Sumber: RIMA

 

 

Bahan-bahan
250g unsalted butter (kalau gunakan salted butter, x perlu tambah garam di bawah tu)
250g gula kastor
250g tepung naik sendiri
250g telur – (pecahkan 4 biji dan pastikan timbang jadi 250 gram)
1 tsp vanilla extract
1/4 tsp garam
2 tbsp susu segar

<

For The “Filling and Decorating”: (ini option, saya gunakan Swiss Meringue Buttercream)
6 tbsp Fruit compote or jam – (boleh beli kat kedai bakeri, atau buat sendiri compote strawberri)
Strawberry secukupnya untuk hiasan – potong keping-keping dan tambahkan gula 2 sudu besar, biarkan 15 minit untuk gula mencair
250 ml double cream, pukul sehingga kembang
gula aising untuk tabur atas kek

<

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 160 C
  2. Campurkan tepung naik sendiri dan garam
  3. Dalam mangkuk mixer, campurkan butter dan gula, pukul sehingga pucat dan gebu. Ini namanya creaming method. Creaming method ni adalah teknik asas buat buttercake.
  4. Tambahkan telur sebiji demi sebiji. Pukul rata bagi setiap biji sebelum masukkan yang lain.
  5. Masukkan ekstrak vanilla.
  6. Ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  7. Masukkan susu. Susu ni untuk cairkan adunan sehingga boleh jatuh bila diangkat dengan spatula. Jangan cair sangat.
  8. Tuang ke dalam 2 loyang bersaiz diameter 8 inci.
  9. Bakar selama lebih kurang 30 minit.
  10. Sejukkan betul-betul sebelum hias. apisan pertama adalah kek, kemudian letakkan krim @ buttercream. Kemudian letakkan compote strawberry dan juga buah strawberry yang diletakkan gula tadi. Seterusnya letakkan lapisan kedua kek. Ulang balik krim, compote strawberry dan buat strawberry.
  11. Taburkan gula aising di atas buah-buahan. Sedia dihidang.

 

2014-10-07 22.27.05

 

Selamat mencuba~!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *